Cari:
Selamat Datang [Login | Register]
PENGEDAR

PENGUMUMAN

PRODUK DEMO setiap hari RABU bermula 8HB APRIL 2009 jam 3.00 PETANG.
HUBUNGI KAMI  (013)368.7555 ATAU (012)707.6755

 

 


 

MAKLUMAT PERNIAGAAN KHUSUS UNTUK PENGEDAR / BAKAL PENGEDAR

 

PELUANG YANG TERDAPAT DI DALAM PERNIAGAAN INI

i. Permintaan tinggi bagi produk berasaskan kecantikan
ii. Satu-satunya perniagaan yang membuat penawaran percuma bagi rawatan di salon dengan pembelian produk dengan harga yang paling kompetitif
iii. Harga yang berpatutan berbanding jenama lain yang mempunyai hasil dan keputusan yang sama di pasaran
iv. Produk yang bertindak untuk kecantikan dan kesihatan serta keputusan nya serta merta dan amat selamat.
v. Menjadikan servis yang ditawarkan berstatus dan mampu mendominasikan pasaran dengan memiliki reputasi yang berciri asset kepada perniagaan dan pendapatan.

KEISTIMEWAAN PRODUK TERTENTU ( PRODUK UTAMA PERNIAGAAN )

i. Strategi ini digunakan untuk beberapa produk yang dijual dengan harga istimewa. Kajian mendapati penjualan produk kecantikan dan kesihatan yang selamat dan memperolehi pengiktirafan merupakan tarikan utama dengan menawarkan harga yang paling kompetitif. Ia dijayakan dengan mengambil kira keseluruhan volum penjualan produk bagi satu tempoh tertentu dan keuntungan masih diperolehi walaupun margin keuntungan yang diperolehi adalah kecil.
ii. Produk yang diketengahkan ialah ACTIVE LIGHT, VISION CREAM, DOUBLE VISION CREAM, WHITE SCRUB, DAY & NIGHT SERUM AND CLARIFYING PEARL ESSENCE. iii. Menawarkan produk bersama dengan rawatan kecantikan memerlukan belanja yang besar. Tetapi dengan pembelian produk, rawatan professional diperolehi secara percuma. Ini menjadikan pelanggan berminat untuk memperolehi produk tersebut.
iv. Pelanggan boleh mengumpul resit dan kupon untuk pertukaran dengan produk percuma seperti produk bersais kecil dan rawatan kecantikan (facial ). Ini tertakluk kepada mereka yang menjadi ahli sahaja. Ini bertujuan agar memperolehi seramai mungkin ahli yang mampu ditawarkan berbagai tawaran istimewa dari masa kesemasa. Ini bagi menjamin keberkesanan dan volum jualan produk sekata sepanjang tahun.
v. Konsep dalaman salon yang menarik dapat menarik minat pelanggan untuk berkunjung. Teknik kemasan, hiasan dan bahan yang digunakan memainkan peranan utama untuk menarik pelanggan berkunjung. Demonstrasi percuma dengan hand massage menjadi ‘ Trademark’ kepada rangkaian perniagaan Newcell ini.
vi. Permintaan dijangka tinggi dengan adanya servis yang ditawarkan di salon dan produk yang dibeli dalam beranika sais pembungkusan.

KEKUATAN PERNIAGAAN

i. Produk yang memperolehi kelulusan dari Kementrian Kesihatan Malaysia
ii. Produk yang memperolehi kelulusan dari JAKIM
iii. Produk yang diiktiraf GMP
iv. Produk yang memperolehi pengiktirafan ISO 9001
v. Harga produk yang berpatutan dan tidak membebankan
vi. Produk yang memiliki nilai kesihatan yang tinggi
vii. Kaedah pemasaran yang berdaya maju dan berciri saing seperti memperkenalkan demonstrasi ‘hand massage’
viii.Ciri-ciri keperibadian diri yang lemah lembut, sabar dan perihatin agar anda diingati dan dikenali sebagai orang yang memperkenalkan produk yang berkualiti.

KELEMAHAN PERNIAGAAN

i. Permis perniagaan yang kecil dan terhad.
ii. Stok dan simpanan barang yang terhad
ii. Pembelian produk dari pengeluar dalam kuantiti yang kecil
iii. Tempoh bernafas yang diperlukan lebih panjang
iv. Kesukaran mendapatkan produk secara credit beskala besar pada awalan
v. Lokasi perniagaan yang perlu diketengahkan
vi. Modal pelaburan awalan yang agak tinggi untuk pengubahsuaian
vii. Persaingan dari perniagaan kecantikan sediada.

PERSEPSI PELANGGAN

Kehendak dan keperluan pengguna adalah penting kepada keberkesanan strategi perniagaan. Produk harus dikeluarkan berdasarkan kepada ciri-ciri yang dikehendaki oleh pelanggan . Jika ciri-ciri produk tersebut dapat dipenuhi dengan jayanya, produk tidak akan menghadapi sebarang masalah semasa berada dipasaran.

i. HARGA
Produk dikeluarkan dalam berbagai sais dan harga dengan tujuan agar semua golongan mampu membuat pemilihan ke atas produk. Bagi produk bersais besar, harganya agak mahal dan bagi produk yang bersais kecil, harganya murah. Pembelian produk yang bersais besar lebih menguntungkan kerana kuantiti yang lebih banyak dengan harga yang lebih berpatutan.

ii. REKABENTUK YANG MENARIK DAN BERBEZA
Penekanan diberikan kepada reka bentuk produk perniagaan yang menarik, berbeza dan merupakan satu strategi yang mampu mengingatkan pelanggan kepada perniagaan. Pembungkusan yang lebih elegen dan professional akan lebih diterima oleh pengguna.

iii. KEPELBAGAIAN PRODUK
Jenis-jenis produk yang berbeza akan dikeluarkan dari masa ke semasa. Ini bagi menjamin jualan sepanjang tahun dapat di stabilkan. Kepelbagaian produk keluaran dan jualan akan meningkatkan reputasi produk dan perniagaan sehingga jenama ini mampu bersaing di peringkat global.

iv. KEBERSIHAN
Kebersihan , jaminan keselamatan, halal, bermutu tinggi dan keselesaan menggunakan produk ini merupakan faktor yang paling penting dan kritikal. Terdapat garis panduan berhubung kebersihan produk bertujuan agar pengguna berkeyakinan untuk membeli produk dan mendapatkan perkhidmatan di salon perniagaan.

v. NAMA PERNIAGAAN YANG KOMERSIAL
Nama perniagaan yang berciri komersial dan jenama berdaya maju dan berciri saing tinggi. Ini membolehkan perniagaan mampu bersaing dengan perniagaan yang lebih besar dan mempunyai nama yang kukuh. Nama yang digunakan ialah “NEWCELL”. Nama tersebut memiliki ciri-ciri komersial dan antarabangsa yang mampu berkembang lebih jauh. Ia juga sinonim dengan servis dan kemampuan produk menyerlahkan hasil yang dinyatakan.



Powered by CubeCart
Copyright Devellion Limited 2006. All rights reserved.