Cari:
Selamat Datang [Login | Register]
INFO SYARIKAT

Berpusat di Bukit Rahman Putra, Newcell Skincare beroperasi seluruh Malaysia melalui cawangan-cawangan SPA, butik-butik dan salon kecantikan.

JENIS DAN AKTIVITI PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN

Pembuatan, pembungkusan dan pengedaran produk krim kecantikan berjenama “VISION dan DOUBLE VISION– NEWCELL. Pembukaan salon kecantikan di setiap negeri sebagai pusat pengedaran produk dan rawatan kecantikan percuma degan setiap pembelian. Perniagaan beroperasi dengan mengilangkan krim kecantikan di bawah jenama VISION dan DOUBLE VISION – NEWCELL. Produk ini memperolehi kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan kelulusan sijil HALAL. Ia juga mempunyai sijil ISO 9001 dan GMP yang membolehkan perniagaan mengenengahkan produk tersebut ke pasaran komersial tanpa sebarang kerenah dan keraguan. Secara amnya, operasi syarikat meliputi :-

PENGILANGAN DAN PEMBUNGKUSAN
PEMASARAN DAN PENGEDARAN
PERKHIDMATAN DI SALON KECANTIKAN DAN KESIHATAN


Setiap produk bersaiz besar yang dibeli melayakkan pembeli untuk meperolehi rawatan kecantikan secara total ( Lift – up Mask Treatment) di salon pada bila-bila masa ( dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pembelian). Ini akan menaikan status produk dan jenama ke aras yang tertinggi. Bagi pembelian produk yang bersais kecil pula, rawatan kecantikan secara ‘facial’ (Basic Facial) akan diberikan secara percuma ( pada hari bekerja sahaja tetapi tidak pada cuti umum). Strategi ini akan meperolehi kepercayaan sepenuhnya dari pengguna dan membolehkan perniagaan memperolehi jualan secara sekata sepanjang tahun dan mengelakkan penurunan jualan secara drastik.

SEKTOR PERNIAGAAN

Perniagaan yang dijalankan ialah pegedaran krim kecantikan VISION-NEWCELL dan DOUBLE VISION-NEWCELL di setiap egen yang berdaftar dan menyediakan rawatan kecantikan di salon yang berhawa dingin, bersih, teratur dan menarik. Bagi salon kecantikan dan kesihatan pula, terdapat dua jenis perkhidmatan iaitu rawatan kecantikan dan kesihatan. Ini termasuk salon kecantikan, spa dan lain-lain lagi. Peniagaan beroperasi dengan membeli bahan mentah, memproses, memasarkan dan menyediakan perkhidmatan rawatan kecantikan dan kesihatan di salon kecantikan yang dibuka di setiap negeri di bawah sistem franchise. Perniagaan digabungkan di dalam premis yang berinterior terkini dan selesa, dengan layanan mesra dari pekerja yang berpengalaman dan berpesonaliti menarik dengan system pengurusan yang sistematik. Juga menekankan produk ini adalah makanan tambahan yang tidak perlu dimakan


Powered by CubeCart
Copyright Devellion Limited 2006. All rights reserved.